Parti STAR bakal menampilan Jack Voon di DUN N.70 Samalaju pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 akan datang.
Beliau yang terkenal sebagai salah seorang pejuang tegar gerakan S4S kini telah mula bergerak ke kawasan sekitar DUN Samalaju hasil bantuan kewangan dari orang ramai.
"Perjuangan saya sentiasa mengutamakan perjuangan untuk menuntut hak
Sarawak. Walau bagaimanapun, saya perlu menghadapi realiti, keadaan
pengumpulan dana kempen berjalan tidak seperti yang diharapkan. Setakat
ini, saya hanya menerima sumbangan RM36.70. Ini adalah disebabkan oleh
pelbagai batasan. Pada masa yang sama kekurangan sumber manusia dan
bahan, keadaan semasa membataskan pergerakan saya,"ujar beliau.
Menurutnya lagi, beliau berpegang kepada prinsip untuk tidak mengambil peluang ini untuk menjana wang untuk mengelak konflik berkepentingan sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat.
"Daripada Rakyat, Untuk Rakyat. Hanya wakil Rakyat yang dibiayai
sepenuhnya oleh Rakyat sahaja yang akan bersama-sama bersatu hati
berjuang untuk Rakyat. Jika wakil Rakyat dibiayai oleh parti politik,
atau segelintir orang kaya sahaja, dan sekiranya calon tersebut berjaya
di dalam Pilihanraya, kepada siapa harus dia pulangkan budi tersebut?", tambah beliau.
Jack amat berharap dengan bantuan orang ramai untuk selama hampir 2 bulan terakhir ini bagi memastikan beliau dapat melaukan pembaharuan politik di DUN Samalaju.
"Jika saya boleh memenangi pilihan raya ini, saya akan menumpukan
perhatian untuk berkhidmat kepada rakyat, serta di DUN untuk menjalankan
perjuangan yang komprehensif untuk kedaulatan negara Sarawak."-SarawakLive
Post a Comment