Sambutan rakyat tanda baik jadi calon Meradong


BINTANGOR: Pelobi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.46 Meradong Ding Kuong Hiing menyifatkan kehadiran lebih 5,000 penduduk Meradong pada program Santai Bersama Komuniti di Stadium Bola Keranjang, Bintangor malam kelmarin sebagai petanda baik dalam perjuangannya untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan terbabit.

Ding berkata, dengan sokongan padu ditunjuk masyarakat di peringkat akar umbi kepada setiap program dan aktiviti anjuran pasukannya, Ding percaya kemampuannya menakluki semula kerusi DUN Meradong dari tangan pihak pembangkang.

“Jika saya mendapat pengiktirafan daripada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi, Adenan Satem menjadi calon BN untuk N.46 Meradong yang rasmi, saya berjanji akan berjuang dengan sedaya-upaya supaya mencapai kemenangan untuk BN dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

“Rintihan dan luahan penduduk mengatakan mereka terasa jauh ketinggalan pembangunan disebabkan ketiadaan ‘Ibu dan Bapa’ untuk bergantung sejak kerusi jatuh ke tangan pembangkang terus menyuntik dan membangkit semangat saya berjuang demi rakyat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Santai Bersama Komuniti di Stadium Bola Keranjang, Bintangor, malam kelmarin.

Jelas Ding, walaupun tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013, ia langsung tidak mematah semangatnya untuk terus berjuang dalam arena politik kerana rakyat di kawasan ini masih memberi saya sokongan padu dan memerlukan perkhidmatan.

“Walaupun saya kalah dengan minoriti di PRU 2013, tetapi saya masih berkhidmat kepada rakyat dan turun padang untuk memberi pertolongan kepada penduduk rumah panjang dan sebagainya.

“Kita tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang ahli politik dan sentiasa memberi pertolongan dan bantuan kepada rakyat berdasarkan keupayaan kita,” kata Ding.

Justeru kata Ding, beliau percaya penduduk di Meradong tahu dan sedar siapa selalu memberi tolong dan betul-betul sedia berkhidmat kepada rakyat.

“Kita percaya Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi, Adenan Satem akan membuat keputusan yang wajar dan bijaksana di atas pilihan calon BN di Meradong,” tegas Ding lagi.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget