"Amoy, u kuat cantik, saya mahu rogol u"

GILA SEKS: Gambar suspek sempat dirakam mangsa sebelum dia beredar meninggalkan tempat kejadian.
GILA SEKS: Gambar suspek sempat dirakam mangsa sebelum dia beredar meninggalkan tempat kejadian.
KUCHING: Seorang wanita membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang tidak dikenali selepas memberitahu mahu merogolnya dengan alasan tidak tahan melihat kecantikannya.

Insiden dilaporkan berlaku di Jalan Stutong di sini, ketika mangsa yang berusia 36 tahun baharu ingin membuka pagar rumah kerana ingin ke tempat kerjanya iaitu sekitar jam 9 pagi.

Menurut sumber, suspek yang menunggang motosikal bergerak ke arahnya lalu membuka zip seluar dan menunjukkan alat sulitnya.

“Suspek pergi ke arah mangsa lalu memberhentikan motosikal dan membuka zip seluar sambil menunjukkan kemaluannya serta memberitahu: ‘Amoi u kuat cantik, bagi saya masuk rumah u, saya mahu rogol u’ kepada mangsa.

“Mangsa ketakutan dan enggan membenarkan suspek memasuki rumahnya menyebabkan suspek terus beredar beberapa minit selepas itu,” kata sumber.

Mangsa yang trauma dengan insiden tersebut kemudian diiringi ahli keluarganya tampil membuat laporan polis berhubung kejadian di balai polis berhampiran.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.-Utusan Borneo

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget