Bekas pengarah p'raya PAS Sarawak keluar parti




Bekas pengarah pilihan raya PAS Sarawak Mohd Fidzuan Zaidi mengesahkan beliau keluar daripada parti itu sejak dua hari lalu.

Beliau tidak menolak bahawa sedikit kekecewaan terpalit di hati dengan keputusan muktamar PAS minggu lalu.

“Memang ada sedikit kekecewaan tapi kekecewaan biasa saja, macam pasukan sokong kita kalah.

“Macam pasukan Manchester United dengan Liverpool, ada rasa tak puas hati biasalah kerana (calon pilihan) tak menang, tapi nak kata punca utama (keluar PAS) itu bukan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya lagi antara punca utama beliau keluar PAS adalah kerana mahu fokus kepada kariernya dan berehat sebentar daripada bidang politik.

Ditanya sebab utama keluar parti, anggota PAS 20 tahun itu berkata mahu fokus kepada karier dan berehat sebentar daripada politik.

Ditanya sama ada pergolakan dalaman menjadi punca beliau keluar parti, beliau menjawab tidak.

Mohd Fidzuan tidak menolak kemungkinan akan masuk semula PAS selepas ini.-Msiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget