Aziz DAP: Ubah Agama, jangan ubah Bangsa

‎‎

DAP Sarawak menyarankan agar orang ramai yang telah masuk Islam agar tidak melupakan  bangsa asal‎ mereka.

Pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa menjadikan ibunya sendiri sebagai contoh terdekat; walaupun telah memeluk Islam 28 tahun lepas, masih lagi menjadikan bahasa Iban sebagai bahasa pertuturan di dalam rumah.

"Saya perasan, kebanyakan orang Cina yang masuk Islam, mereka tidak mengajar anak mereka cakap Mandarin. Sedih saya melihat kerana bahasa itu jiwa bangsa, menunjukkan identiti Cina kita. Tolong didik anak guna bahasa Cina, sayangi bahasa anda dan bangga dengan bangsa anda" kata Aziz.

Aziz juga menyaran agar seseorang yang masuk Islam, bukan bermakna mereka mesti menjadi Melayu.

"Melayu pun ada yang beragama Kristian dan Hindu selain Islam. Apa agama kamu pilih, itu hak kamu tapi kekalkan bangsa kamu. Biar ubah agama, jangan ubah bangsa," katanya lagi dalam status laman sosial Facebook.

Abdul Aziz Isa‎ merupakan salah seorang bakal calon DAP yang bakal bertanding di kerusi kawasan bumiputera di Kuching pada pilihanraya Negeri Sarawak akan datang.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget