PAS Miri anjur program Ramadhan


Miri: PAS Miri giat menganjurkan pelbagai pelbagai aktiviti sosial sempena bulan Ramadhan di beberapa kawasan di Miri.

Sumbangan beras kepada fakir miskin di kawasan Tudan antara program amal jariah oleh PAS Miri.

Selain itu, ahli serta pimpinan PAS Miri cadangan Senadin juga mengadakan majlis berbuka puasa di PASTI Al-Fateh dan juga menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di kawasan Permyjaya.

"InshaAllah jika jadual mengizinkan", kata Arifiriazul berkenaan cadangan untuk mengadakan program ini setiap hari.

Pada awal paginya pula, PAS Miri yang diketuai oleh Mohamad Arifiriazul menyampaikan sumbangan makanan sahur kepada petugas di Balai Bomba  dan Hospital Umum Miri dalam program Singgah Sahur 2.0.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget