Adenan umum tuntut autonomi Sarawak


Najib melihat skrol lafaz ikrar taat setia kepimpinan yang diserahkan oleh Adenan Satem pada majlis pemimpin bersama rakyat di Stadium Perpaduan Sarawak hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu (kiri). - Foto BERNAMA

KUCHING, 4 Jun: Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem bukan sahaja memeranjatkan kira-kira 15,000 hadiri tetapi pemimpin apabila beliau meminta kuasa autonomi Sarawak dikembalikan, hari ini.

Adenan yang membuat kenyataan berkenaan ketika sesi pemimpin bertemu rakyat di stadium tertutup di sini berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mengiktiraf kuasa autonomi negeri itu dan membenarkan kuasa membuat keputusan sendiri.
Setiausaha Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani apabila diminta mengulas mengenai perkara itu mengakui ia merupakan berita baharu baginya.
“Ini pertama kali saya dengar, ia masih baru bagi saya,” kata Morshidi.
Adenan berkata kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan masih lagi berunding mengenai syarat bagi pengurangan kuasa beberapa agensi kerajaan negeri.
“Pada masa ini, setiap keputusan perlu melalui banyak kerenah birokrasi sebelum ia diluluskan di peringkat persekutuan untuk keputusan ini digunapakai di sini. Kita mampu menyelesaikan perkara dengan lebih baik kerana kita lebih arif dengan masalah sendiri,” kata Adenan dalam ucapannya.
Buat masa ini kuasa autonomi Sarawak hanya meliputi pengurusan tanah, sumber hutan dan imigresen menurut Perjanjian Persekutuan Malaysia yang ditandatangani pada 13 September 1963.
Beberapa agensi kerajaan persekutuan antaranya kesihatan, pendidikan dan imigresen buat masa ini diketuai oleh penduduk Sarawak sebagai sebahagian daripada polisi ‘Memborneokan’ seperti yang tercatat dalam perjanjian.
Walaupun Adenan tidak menerangkan secara lanjut mengenai keperluan mengembalikan kuasa autonomi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir pada majlis itu, mengiktiraf keperluan pengurangan kuasa (persekutuan) kerana ia akan mempercepatkan rancangan pembangunan Sarawak.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk Sarawak menerajui cara mereka dalam bidang tertentu kerana mereka lebih mampu melakukannya. Kami masih lagi mengkaji perjanjian itu,” kata Najib.
Tidak diketahui apa yang berlaku susulan daripada pengumuman ini tetapi sumber percaya ia mungkin menyentuh berkenaan rancangan pembangunan negeri terutama dalam rancangan transformasi kawasan pedalaman.
Antara yang terperanjat dengan pengumuman itu adalah Presiden Persatuan Peguambela Sarawak Leonard Shim.
“Masih terlalu awal untuk kami beri apa-apa kenyataan kerana kami juga tidak tahu butiran mengenai perkara ini. Saya harap Adenan akan memberi lebih butiran dalam beberapa hari lagi seperti selalu,” kata Shim.-Rakyat Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget