Rakyat Malaysia dijemput menandatangani petisyen maya yang akan diangkat PKR kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi perdana menteri dapat dibuka semula.
Pengguna media sosial juga diseru supaya “Like” laman Facebook "1 Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak".
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengambil inisiatif melancarkan kempen yang mensasarkan sejuta orang itu susulan laporan The New York Times Jumaat lalu.
Akhbar itu memetik Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyatakan wang AS$681 juta itu bukan sumbangan politik, tetapi pelaburan dari seorang warga Saudi.
Rafizi berkata, kenyataan itu menyangkal kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kononnya dana itu adalah derma dan menimbulkan beberapa persoalan baru.
"Datuk Seri Najib Razak bukan seorang ahli perniagaan atau pakar pelaburan. Beliau tidak mempunyai apa-apa perniagaan.
"Seorang warganegara Arab Saudi tidak akan memberikan wang sebanyak RM2.6 bilion kepada beliau untuk dilaburkan kerana pelaburan bukanlah kepakaran beliau," kata Rafizi.
Katanya dalam kenyataan hari ini, jika dana RM2.6 bilion itu adalah bagi tujuan pelaburan, ia mesti melibatkan syarikat dan aset tertentu.
Beliau mendakwa, dana itu ada kena mengena dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana syarikat itu sendiri sebelum ini mewar-warkan pelaburannya melibatkan individu tertentu dari Arab Saudi.
"Oleh yang demikian, saya mendesak supaya peguam negara membuka semula dengan serta merta kertas siasatan dan pendakwaan terhadap Najib, mengambil kira perkembangan terbaru ini.
"Saya juga mengingatkan peguam negara supaya menggunakan sepenuh kuasa di bawah Perjanjian Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance) dengan negara yang sedang menyiasat 1MDB dan/atau Najib termasuklah Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Petisyen itu boleh didapati di capaian.
Rafizi berkata, beliau yakin rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara itu ditutup apabila peguam negara menutup kes itu.
"Dengan desakan rakyat, saya yakin Najib boleh dihadapkan ke mahkamah," katanya. – 7 Februari, 2016. -The Malaysian Insider.
Post a Comment
SPRM dah siasat, polis dah siasat, kertas siasatan dah dihantar kepada Attorney General. Keputusan tiada kes untuk didakwa. Tiada kesalahan dilakukan mengikut undang2 negara ini. Apa pasal kita nak petisyen macam LAWAK BODOH si RAFIZI dan rakan2???
Kalau ada bukti baru baru boleh consider. Kalau setakat Rewcastle the Liar punya evidence .... TAK PAYAH BUANG MASA KITORANG!!!!
Yang perlu disiasat nih... siapa yang nak beli Justo punya dokumen dan mensabotag Negara Kita... YTL? Nurul? Che Det? Rewcastle? ..... berapa dah bayar dan apa yang dorang dah buat sehingga rakyat marhaen susah .... sampai pelabur2 takut nak melabur di Malaysia.
SIASAT, TANGKAP, BICARAKAN dan HUKUM MEREKA2 nih SEKERAS2NYA.
Oleh: Pembayar cukai dan GST dan SST (yang masih belum dimansuhkan)
N/B: Rafizi.... tolong pulangkan bonus Tabung Haji untuk kami/rakyat marhaen belanjakan. Kotakan cakap... jangan dok merapu tak bertanggung jawab.
Justice should not only be done, but must be seen to be done...
Justice should not only be done, but must be seen to be done...
... ONLY to the mind of reasonable people, who live in that particular era and who practice that particular culture.
This saying is not applicable to unreasonable people who refused to accept the truth even after tried in an open court. Hahaha....
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.