KUCHING: Hubungan kurang baik antara DAP dan PKR terutama dalam
pembahagian kerusi pilihan raya semakin terserlah.
Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata
anggapan mengatakan parti-parti pembangkang bersatu padu adalah tidak benar.
“Mereka tidur sebantal tapi mempunyai agenda dan mimpi-mimpi berlainan.
“Semakin dekat kita dengan pilihan raya, semakin ketara perbalahan
antara mereka,” katanya yang diminta meng-ulas mengenai proses peng-agihan
kerusi pilihan raya antara dua parti itu.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen kelmarin menerusi kenyataan
media-nya kecewa apabila PKR tidak menghormati DAP apabila mengumumkan
nama-nama calon di beberapa kerusi yang masih dalam rundingan dua pihak
terbabit.
Menurut Chong, pertembungan calon DAP dan PKR wajar dielakkan agar
pertandingan hanya membabitkan satu daripada dua parti itu menentang BN pada
Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.
“Saya bertahan agar tidak mengeluarkan apa-apa ke-nyataan mengenai
rundingan kerusi bagi mengelakkan ia menjejaskan rundingan.
“Bagaimanapun, sikap bertahan itu telah diambil kesempatan oleh PKR,
sama ada di peringkat Sarawak atau pusat, yang telah dalam beberapa minggu
lepas menyaksikan pemimpin-pemimpin peringkat pusat datang ke Sarawak dan
berulang kali meng-umumkan calon-calon PKR di kawasan yang masih dalam
rundingan,” kata Chong dipetik sebagai berkata.
Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia berkata lagi, orang ramai
juga telah sedar pemimpin DAP dan PKR di Sarawak tidak mempunyai kuasa mutlak.
Malah, mereka tunduk kepada pemimpin-pemimpin utama dari Kuala Lumpur
yang membuat keputusan untuk mereka, katanya.
Parti-parti demikian tidak wajar dipilih menjadi peme-rintah, ujarnya.
“Saya tidak dapat bayangkan apa akan jadi kepada semua hak-hak negeri
sekiranya pembangkang ini dapat me-nerajui kerajaan negeri.
“Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin pun pernah menyuarakan di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, apabila pakatan dapat memegang kuasa
mereka akan memansuhkan kuasa imigresen negeri,” katanya. – Utusan Borneo.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.