Pemuda PAS tubuh kelab sukan alternatif


Petra Jaya : Pemuda PAS telah melancarkan Alternative Riding Club (ARC) Petra Jaya sebagai sebuah platform sukan bermotor alternatif bagi anak muda di kawasan ini. 

Kelab bermotor ini dengan rasminya dilancarkan oleh Penyelaras DUN N.07 Samariang, Ustaz Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi pada majlis pelancarannya yang juga merupakan acara penutup bagi Konvoi Ride for Charity N.07 Samariang.

Acara konvoi bermotor ini disertai oleh 20 buah motor berkuasa tinggi beserta 30 buah motosikal biasa. Sesuai dengan temanya iaitu "Riding For Charity", acara konvoi tersebut diselangi dengan pemberian sumbangan kebajikan berupa beras kepada empat buah pusat tahfiz dan sebuah rumah wakaf di DUN N.07 Samariang. 

Selain itu, tukar minyak enjin motosikal percuma juga menjadi tarikan kepada program yang bermula 1.30 petang dan berakhir pada 10.30 malam itu.

Ustaz Yusof berkata, "Sukan bermotor merupakan sukan yang baik dan menjadi trend kepada anak muda. PAS memberi nafas baru kepada aktiviti sukan ini dengan memasukan nilai kebajikan dan dakwah dengan harapan ianya dapat melahirkan anak muda yang prihatin akan keadaan orang lain. Bukankah itu yang Nabi kita ajarkan."

Program malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan daripada dua kumpulan busking tempatan iaitu Anak Alam dan Alim & De'Queen. Sebanyak 5 buah lagu telah disampaikan oleh kedua-dua kumpulan busking ini selain cabutan bertuah yang menjadi rebutan pengunjung berupa topi keledar berjenama.

"Kita adakan BBQ, persembahan nyanyian dan hiburan, tapi kita anjurkan juga Kuliah Magrib dan Solat Hajat besama-sama anak muda ini. Ini cara kami menghargai anak muda dan ternyata sambutan yang kami terima amat menggalakan." Ujar Ustaz Yusof lagi.

Majlis pelancaran yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Pejabat PAS Kawasan Petra Jaya itu berjaya menghimpunkan anak-anak muda di sekitar DUN N.07 Samariang untuk bersama-sama memeriahkan lagi acara tersebut. 

ARC Petra Jaya telah menerima sekurang-kurangnya 50 ahli baru. Turut hadir adalah Saudara Ashraf Saufi yang juga merupakan Ketua Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS), Pemuda PAS Petra Jaya.- PAS SARAWAK

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget