Bantu Sarawak bukan kerana pilihan raya


KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan pusat membantu Sarawak bukan kerana pilihan raya tetapi mahukan negeri ini terus maju.

Justeru, beliau berkata akan meneruskan usaha untuk membangunkan Sarawak.

“Kita bantu Sarawak bukan kerana pilihan raya tetapi kerana kita ingin Sarawak terus maju,” katanya kepada pemberita ketika ditemu bual selepas mengadakan ‘walkabout’ di Kampung Rantau Panjang di sini, semalam.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senator Datuk Dr Sim Kui Hian.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan pusat juga akan membantu kerajaan negeri meningkatkan sistem perparitan di negeri ini.

Beliau menjelaskan, usaha itu kini sedang dalam kajian oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Kita akan membuat apa yang mampu dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan mengkaji secara terperinci mengenainya termasuk dari segi kos, implikasi dan sebagainya,” katanya.

Kelmarin, Abang Johari berkata sistem saliran di bandar raya ini wajar diteliti semula bagi mengelakkan banjir kilat terus berulang.

Menurutnya, sistem perparitan di bandar raya ini tidak berupaya menghadapi keadaan hujan lebat melebihi 180 milimeter.

Dalam hujan lebat yang turun sejak awal pagi kelmarin, beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini telah dilanda banjir kilat.

Ia sekali gus menjadikan bandar raya ini dilanda bah sekurang-kurangnya tiga kali setakat awal tahun ini.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget