KDN perlu dedahkan harga bayaran kepada MyEg


Adalah dimaklumkan pada 12 Februari 2016 bahawa MyEG telah dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menguruskan Program Penggajian Semula Pekerja Asing Tanpa Izin (Pati).

Dalam kenyataan tersebut MyEG tetap memaklumkan projek itu tidak mempunyai nilai tetap memandangkan ia bergantung kepada bilangan Pati yang berjaya didaftarkan.

Ini bercanggah dengan amalan pengeluaran tender yang mana nilai projek perlu diketahui sebelum sebarang pelaksanaan kerja. Sebelum ini, projek pembaharuan PLKS online yang disumberluar kepada MyEG turut memperuntukkan bayaran RM35 yang dibayar oleh kerajaan kepada MyEG. Mustahil bayaran untuk penggajian semula Pati ini tidak dapat dikenalpasti.

Saya turut kecewa dengan kaedah kontrak yang dianugerahkan oleh KDN kepada pihak swasta secara monopoli dan dalam skala yang begitu besar.

Barangkali kontrak sebegitu tidak melalui proses tender terbuka, tidak telus dan bakal mengancam kedaulatan negara, khususnya berkenaan dengan urusan imigresen dan kemasukan pekerja asing.

Sebelum ini, kontrak pembaharuan PLKS tahun 2015 telah memberikan keuntungan durian runtuh sebanyak RM87.5 juta setiap tahun kepada MyEG. Adakah kontrak penggajian semula Pati akan turut menyumbang secara positif kepada MyEG, serta pemegang saham besarnya iaitu Datuk Raja Munir Shah yang merupakan Ketua Penerangan Umno Pulau Pinang?

Saya menggesa KDN supaya mendedahkan kaedah dan bentuk bayaran kepada MyEG dalam Program Penggajian Semula Pati, serta apakah rasionalnya KDN sekali lagi menswastakan urusan imigresen/pekerja asing yang sensitif dan menyentuh kedaulatan negara ini.

Lee Chean Chung

Ketua Penerangan AMK
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget