PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.
Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH), Saari Sungib berkata, perselisihan faham antara Azmin dengan Lim Guan Eng berhubung pengguguran dua wakil PKR Pulau Pinang daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (LGC) akan menjejaskan pandangan rakyat terhadap Pakatan Harapan.
“Saya rasa mungkin pendapat Azmin dari segi parti tapi dia kena dahulukan diri dia sebagai Menteri Besar dan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, tetapi dari segi Pakatan Harapan tak cantik la.
“(Adakah tindakan Azmin itu sepatutnya berlaku?) sebaik-baiknya tidak patut berlaku,” katanya.
- Free Malaysia Today
Post a Comment