SPDP mengenal pasti calon DUN Samalaju dan Mulu


BINTULU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) telah mengenal pasti calon berpotensi bakal bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu iaitu Samalaju di Bintulu dan Mulu (Miri).

Menurut Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing, bagi kerusi Samalaju, Datuk Pau Chiong Ung merupakan senarai tunggal akan diletak di kawasan berkenaan manakala bagi kerusi Mulu, dua calon berpotensi berkenaan ialah Ketua Pemuda SPDP, Robert Ayu dan Naib Presiden Kanan SPDP, Dr Roland Dom Mattu.

Pengumuman nama-nama calon berpotensi itu dibuat sejurus Majlis Tertinggi SPDP sebulat suara bersetuju meminta kerusi Samalaju dan Mulu bagi ditempatkan calon dari SPDP.

Tiong sebagai berkata demikian semasa memberitahu kepada media semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP yang diadakan bertempat di pejabat Pusat Perkhidmatan SPDP Bintulu di sini, semalam.

“SPDP dalam pada itu telah menubuhkan Jawatankuasa Protem untuk Cawangan Samalaju.  Buat masa sekarang SPDP mempunyai hampir 6000 ahli berdaftar di kawasan berkenaan,  kita yakin SPDP boleh mendapatkan kerusi itu untuk BN,’’ ujarnya.

Tiong berkata kedua-dua calon berpotensi kawasan Mulu iaitu Robert dan Roland berbangsa Kelabit berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Bandaraya Miri merupakan bekas peguam manakala Roland pakar sakit puan.

Tiong juga berkata senarai calon untuk lapan kerusi lain iaitu Tasik Biru, Pakan, Krian, Meluan, Berkenu, Batu Danau,Ba’Kelalan dan Marudi telah dikemukakan kepada pemimpin tertinggi negeri iaitu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Pertinggi Tan Sri Dr Adenan Satem.

“Saya selaku presiden parti dalam masa sama turut menggesa semua anggota parti untuk saling bekerjasama antara satu sama lain serta mengukuh lagi jentera parti dari semasa ke semasa bagi membolehkan SPDP memperoleh kemenangan dalam setiap kerusi SPDP yang dipertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan nanti’’, ujarnya lagi.- Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget