Hii berjanji bina titi kayu di Kampung Pasir Lutong


MIRI: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Datuk Hii King Chiong berjanji membina titi kayu pejalan kaki sepanjang 125 meter menghubungkan kediaman di Simpang Empat Kampung Pasir Lutong.
Beliau berkata demikian kepada penduduk ketika kunjungan bersama ahli UPP di kampung itu semalam.
Menurut ahli UPP, Ting Hock Bong, ia merupakan berita baik untuk penduduk kampung yang bergantung kepada titi kayu itu yang kini dalam keadaan uzur dan rosak akibat air pasang sungai berhampiran.
Beliau yakin Hii menunaikan janji beliau untuk membantu penduduk khasnya di kalangan yang memerlukan.
“Kami menyokong BN dan calon UPP semasa pilihan raya akan datang kerana mereka komited membantu rakyat, “ jelas beliau.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Suzanne Lee, Kaunselor Keith Chin dan Kaunselor Bruce Chai. – Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget