MIRI: Penyelaras Parti Rakyat Bersatu (UPP) Wilayah Utara Datuk Hii King
Chiong berjanji akan membantu membina surau Abu Bakar Asaddiq Desa Senadin
selepas melakukan lawatan semalam.
Beliau menegaskan bahawa niat tersebut tiada kaitan dengan politik
kerana sebelum ini beliau juga membantu membina tokong dan gereja untuk
penduduk.
“Saya berharap wakil rakyat di Senadin tidak salah faham dengan niat
saya membantu penduduk Islam di Desa Senadin kerana sumbangan saya ini adalah
untuk membantu penduduk, bukan kerana politik,” jelasnya kepada pemberita
selepas menemui jawatankuasa projek surau.
Turut hadir pengerusi jawatankuasanya Abang Mohamad Abang Deli, Imam Abu
Hurairah Mohamad, Setiausaha Politik Ketua Menteri Suzanne Lee, Pengerusi UPP
Senadin Kaunselor Keith Chin dan Pengerusi UPP Pujut Kaunselor Bruce Chai.
Menurut Hii, pada tahun lalu beliau turut membantu kerja membaik pulih
surau berkenaan yang digunakan sekarang untuk membolehkan jemaah melakukan
solat terawih sepanjang bulan Ramadan.
Selain surau di Miri, Hii juga menghulurkan sumbangan membantu
jawatankuasa tokong, gereja, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai
menunjukkan keprihatinan beliau membantu masyarakat secara menyeluruh.
Sehubungan itu, beliau meminta penduduk Desa Senadin mengukuhkan kerjasama
selain memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan
Satem.
Beliau menyifatkan Adenan sebagai pemimpin prihatin kerana meluluskan
permohonan tapak untuk surau di Desa Senadin.
“Kita harus memastikan
Ketua Menteri kita mendapat mandat yang besar dalam Pilihan Raya Negeri bagi
membolehkan beliau membangunkan Sarawak yang akan memberi manfaat kepada rakyat
pelbagai kaum,” jelas Hii.- Utusan Borneo.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.