Terjemah sokongan dengan mengundi BN


MIRI: Masyarakat Orang Ulu dan Iban harus menterjemah sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan memberi sokongan padu kepada calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau berkata hanya kerajaan BN  konsisten dalam memberi pembangunan fizikal terutama kepada penduduk pedalaman Baram berbanding pihak pembangkang.

“Kita mahu rakyat di konstituensi Baram menterjemah sokongan mereka atas kertas undi dan memilih hanya calon BN supaya kelangsungan pembangunan dapat diteruskan di luar bandar,” katanya di Long Banyok, Tinjar baru-baru ini.

Menurut Anyie, Parlimen Baram kini mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing Telang Usan, Marudi dan Mulu.

Tambahnya, sejarah sebelum ini telah membuktikan bahawa pembangkang tidak mampu membawa sebarang perubahan kepada penduduk luar bandar meskipun pernah menjadi pemimpin rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat di Baram melakukan kesilapan berulang dengan memilih pembangkang sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus mentadbir tiga kawasan DUN luar bandar,” katanya.

Tambahan pula katanya, jika kerajaan BN terus memerintah kawasan luar bandar, maka pembangunan secara terancang akan terus terlaksana secara berperingkat.
Sementara itu, desas-desus di peringkat akar umbi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan PKR, sementara Telang Usan pula menyaksikan PBB akan ditentang PKR.

Bagi kerusi Marudi pula kemungkinan akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara parti pembangkang, calon bebas dan calon BN. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Mun nak bodo jgn bawak org lain. Paloi...

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget