Pengundi Cina di N.1 Opar digesa sokong calon SUPP


KUCHING: Masyarakat, khasnya pengundi Cina di kawasan N.1 Opar digesa menyokong penuh calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Gesaan ini dibuat oleh Kapitan Chong Yiew Jin dalam satu majlis bersama penduduk Kampung Sebigo Cina di Lundu dekat sini, baru-baru ini.
Majlis tersebut telah dihadiri pemimpin SUPP Opar diketuai Pengerusinya Ampel Barba serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain.
“Hanya Barisan Nasional (BN) yang dapat membantu kita untuk meneruskan agenda pembangunan di luar bandar seperti yang ditekankan oleh Ketua Menteri.
“Sebab itu sebagai pemimpin masyarakat Cina saya menyeru agar kita semua memberi sokongan penuh kepada calon SUPP untuk bertanding di Opar pada PRN nanti,” katanya.
Sementara itu, Ampel pada majlis itu turut membuat gesaan yang sama kepada penduduk khususnya pengundi Cina supaya memberi sokongan padu kepada calon SUPP.
“Jentera SUPP sudah bersedia untuk menghadapi PRN dan sebagai parti yang mewakili BN kami akan memastikan kerusi Opar terus menjadi milik BN,” katanya.
Dalam pada itu, selain beramah mesra bersama penduduk, majlis ringkas itu juga bertujuan menerangkan mengenai peruntukan ‘Touch Point’ sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan pada 2015.
Permohonan peruntukan ini telah dikemukakan pada awal September 2015 dan telah diluluskan pada bulan yang sama.
Setiap kampung di N.1 Opar mendapat peruntukan minimum sebanyak RM5,000 dan peruntukan ini adalah bagi menjalankan aktiviti dalam kampung.

Sehari sebelum berlangsungnya majlis itu, ahli jawatankuasa jentera pilihan raya Opar telah menghadiri seminar politik yang dianjurkan oleh SUPP Cawangan Mambong di ibu pejabat DBNA Kuching. – Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget