RM800 juta hilang lagi, inilah nasib negaraku



MENURUT Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, negara kehilangan RM800 juta pada tahun lalu, akibat penyelewengan subsidi gas petroleum cecair (LPG) di seluruh negara.

Bukan sedikit wang negara lesap. Persoalannya apakah usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Kebal sangatkah mereka ini. Tentu ada sesuatu yang tidak kena. 

Apakah negara tidak cukup tenaga untuk penguatkuasa, atau tidak mempunyai kelengkapan yang canggih untuk memburu penjenayah ini, atau kerana rasuah atau penglibatan pihak tertinggi sehingga begitu mudah mereka melakukan perbuatan durjana ini.

Kerajaan perlu serius menangani perkara ini. Kerajaan wajib melabur di bidang ini untuk membeli alat kelengkapan canggih bertujuan menangkap penjenayah negara dan tidak boleh berkompromi dengan mereka yang khianat kepada wang negara. Tangkap dan dakwa walaupun apa pangkat sekalipun. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Wang RM800 juta boleh membina 16,000 unit rumah rakyat secara percuma dengan anggaran kos RM50,000 seunit. Wang sebanyak ini boleh membiayai pelajar IPTA seramai 20,000 pelajar dengan setiap pelajar diberi RM40,000 seorang. 

Ketika rakyat disuruh berjimat, bajet di semua sektor dipotong, sehingga ada kakitangan kerajaan yang hadir mesyuarat daripada pagi hingga tengahari tidak diberi setitik air kerana tidak ada bajet. 

Anak-anak kita yang pinjam PTPTN diburu hingga ke lubang cacing sedangkan mereka masih penganggur terhormat. Tiba-tiba Menteri memaklumkan kerajaan hilang RM800 juta kerana penyelewengan subsidi. Sedih, inilah nasib negaraku. 

– HARAKAHDAILY
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget