SPDP kekalkan pendirian tuntut kerusi Samalaju


BINTULU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) terus menyatakan pendirian menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.70 Samalaju dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 akan datang.

Ketua Pemudanya Kaunselor Robert Ayu berkata, parti tersebut percaya keputusan mengenai kedudukan kerusi Samalaju masih belum diperuntuk kepada mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN).

Katanya parti itu telah membuat tuntutan terhadap kerusi Samalaju dan Mulu sejak 2014.

“SPDP mempunyai asas kuat menuntut kerusi Samalaju dan Mulu disebabkan kedua-dua Ahli Parlimennya di Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan Baram Anyi Ngau adalah ahli SPDP yang mempunyai 6,000 keahlian” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penubuhan Jawatankuasa Protem SPDP N.70 Samalaju di Rumah Jaraw Sumuk di Jalan Tanjung Kidurong-Samalaju malam Jumaat lalu.

Robert yakin BN mampu memenangi kedua-dua kerusi tersebut sekiranya diberikan kepada parti berkenaan.

Ujarnya, hanya lima daripada 11 kerusi DUN baharu telah diperuntuk kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) setakat ini manakala enam kerusi lagi masih terbuka untuk diperuntuk kepada mana-mana parti komponen BN yang lain. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget