Bukan dadah tetapi arak murah yang membanjiri pendalaman Sarawak




FOKUS: Kes berkaitan dadah di Sarawak masih antara yang terendah di negara ini tetapi pihak berkuasa tidak mengambil mudah perkara itu.

Mereka mengenali penyeludup dan pengedar yang akan menggunakan apa sahaja cara untuk membawa dadah masuk ke dalam negeri, kerana itulah dadah seperti pil Ecstasi, syabu, Erimin 5, ketamine, syabu cecair dan amphetamine masih boleh di dapati di pusat-pusat hiburan, rumah urut, malah sekolah dan kolej.

Dadah ini tidak datang secara besar-besaran tetapi ianya masih merentas masuk melalui Laut China Selatan atau melalui sempadan Sarawak yang panjang dengan Kalimantan, Indonesia.

Pada Disember tahun lepas, polis merampas 100kg syabu dalam enam beg dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Miri dan menahan seorang pekerja pesisir pantai berusia 21 tahun yang datang dengan beg-beg itu.

Dadah itu mempunyai nilai pasaran sebanyak RM30 juta.



Pihak berkuasa terkejut bukan kerana jumlah tangkapan seberat itu, yang merupakan terbesar tahun itu, tetapi juga hakikat yang ada orang boleh bergerak dengan mudah dengan dadah seberat itu dibawanya.

Memandangkan pulangan yang lumayan, penyeludupan dadah kekal menjadi kebimbangan utama jenayah di Sarawak walaupun statistik jenayah berkaitan dadah di negeri masih antara yang terendah di negara ini.

April lepas, ketika dia masih menjadi timbalan menteri dalam negeri, MP Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengeluarkan kenyataan mengenai kegilaan ini:

“Penyeludupan dadah bukanlah masalah di negeri ini sebelum ini. Ia bermula daripada aktiviti menghidu gam. Kini, penyeludupan methamphetamine sudah ada dan memberikan ancaman kepada negeri ini.”

Kerana wang yang terlibat selalunya besar dan undang-undang khusus untuk jenayah berkaitan dadah, penahanan, rampasan dan hukuman, serta gantung sampai mati tidak pernah gagal menarik perhatian.

Tetapi di kampung-kampung, wujud satu lagi kegilaan yang sama bahayanya, malah lebih merbahaya daripada penagihan dadah, tetapi malangnya tidak melanggar undang-undang- alkholisme.

Budak-budak sekolah, bapa-bapa dan datuk-datuk sedang ketagih arak murah.

Anda dapat melihat mereka duduk di tepi jalan, daripada beberapa orang sehingga sedozen, duduk minum dengan jenama-jenama arak yang biasa.

Mereka yang menyembunyikan ketagihan ini pula menggunakan Coke. Kandungan dalam tin pula mungkin jenis arak murah yang dihasilkan di belakang rumah secara kecil-kecilan.

Semakin ramai penduduk kampung yang berhenti sekolah. Ramai yang minum sewaktu bekerja. Ramai yang berhenti kerja di tapak pembinaan kerana majikan tidak memerlukan mereka lagi.

Ada yang hanya menghabiskan masa lepak di beranda rumah dengan botol-botol di tangan, nampak lemah dan matanya kosong sementara pasangan mereka bekerja di kebun dan ladang.

Sekiranya di masa silam mereka duduk berkumpulan, kini mereka hanya bersendirian kerana mereka sudah tidak mampu lagi berbual seperti biasa.

Tidak seperti jenayah berkaitan dadah, tidak ada statistik sebenar tentang alkoholisme, tetapi malangnya ia juga merosakan dan mengecewakan.

Ketagihan ini semakin berleluasa hari demi hari.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget