PAS Sarawak korbankan 23 ekor lembu sempena Aidiladha


Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang lepas, PAS Sarawak telah berjaya membantu menyempurnakan majlis Qurban di 10 DUN berasingan.

"Alhamdulillah, PAS Sarawak telah menyumbang sebanyak 23 ekor lembu dan disemprnakan pada majlis Qurban di 10 DUN pada tahun ini", kata Muhtar Suhaili, Setiausaha PAS Sarawak.

Beliau yang juga  Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan bahawa lembu-lembu tersebut adalah hasil sumbangan bersama Lajnah Kebajikan PAS Pusat.

"Setiap DUN, ada wakil PAS Sarawak turut serta dalam majlis Qurban tersebut", tambah beliau.


PAS Sarawak sebelum ini telah menghantar sumbangan lembu ke lokasi majlis korban seperti Muara Tuang 3 ekor, Sadong Jaya 2 ekor, Sebuyau 2 ekor, Beting Maro 3 ekor dan Belawai 2 ekor.

Selain menyumbang 2 ekor lembu, turut diadakan Pemeriksaan kesihatan percuma, Perubatan Islam percuma, Klinik Alfatihah dan Smartsolat bagi Kanak-kanak/remaja yang bertempat di Surau Darul Amin, Samariang.

Sebelum ini juga, dua ekor lembu telah diserahkan kepada AJK Surau Bandar Baru Semariang dan penduduk Kampung Panglima Seman oleh TYDP Pas Kawasan Santubong untuk DUN Pantai Damai.

PAS Miri pula menyempurnakan Aidiladha dengan Program Ibadah Korban di 3 lokasi berbeza dalm DUN Lambir dan DUN Senadin iaitu Pasar Malam Saberkas Miri bersama Persatuan Penjaja Pasar Malam, Kampung Tukau Jaya dan Kampung Subak. Sebanyak 5 ekor lembu disumbangkan untuk kawasan tersebut.

Di Bintulu, sebanyak 2 ekor lembu telah disempurnakan di Kuala Segan dan Kampung Jepak oleh barisan Pemuda PAS Bintulu.

Muhtar mewakili PAS Sarawak turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga Muslim Sarawak. "Semoga Allah menerima segala amalan kita dan segala pengorbanan menjadi lambang pengabdian kepadaNya", kata beliau. -SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget