Wong yang berucap pada Majlis Sambutan Festival Kek Bulan di sini malam kalmarin menambah, selepas mereka menubuhkan Tabung Pendidikan Multi-Million UPP pada bulan Ogos lalu, mereka telah menerima permohonan masuk setiap hari.
Beliau berkata masa diperlukan untuk memproses permohonan tersebut dan akan memberi dana itu mengikut jadual mereka pada bulan Oktober.
“Sentiasa menjadi keinginan saya untuk menolong pelajar yang memerlukan dalam kerjaya politik saya bagi memastikan mereka menerima pendidikan di peringkat tertinggi.
“Impian ini telah dipenuhi dalam UPP sebagaima mana kita semua berkongsi aspirasi yang sama,” katanya yang juga merupakan Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti.
Wong berkata selepas mereka memproses permohonan itu, dana tersebut akan diberi melalui cawangan mereka di Sarawak.
Beliau berkata, apabila mereka menubuhkan dana itu, sektor swasta telah menyertai mereka untuk merealisasikan impian berkenaan.
“Sebanyak RM30 juta dana telah berjaya dikumpulkan. Saya berterima kasih kepada para usahawan kerana bersama-sama berkongsi impian ini, impian untuk semua pelajar yang memerlukan agar mereka mampu mendapat pendidikan terbaik,” ujarnya.-Utusan Borneo
Post a Comment