Perkara itu diusul semasa penganjuran mesyuarat exco diadakan di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) Julau baru-baru ini dan dipengerusi Belayong Jampong yang juga pengerusi SPDP Meluan.
“Antara lain agenda ialah mahu kekosongan kerusi Ahli Majlis Daerah Meradong dan Julau untuk kuota SPDP berikutan kematian mendiang Aloysius Ambas Koh diisi oleh Minggan Noel.
“Selain itu, kami turut mencadangkan Joseph Wong King Said dilantik ke jawatan setiausaha politik Ketua Menteri atau ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan sekiranya terdapat kekosongan,” ujar beliau.
Menurut Belayong, bahagian sayap Wanita dan Pemuda SPDP juga me-nyatakan sokongan terhadap pengabungan SPDP dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
“Namun demikian, kami menyerahkan perkara ter-sebut kepada pemimpin tertinggi parti untuk membuat keputusan,” ujar beliau.
Bercakap lanjut, ahli exco turut menyampaikan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas pelantikan Antohny Nogeh sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani baru-baru ini.
Anthony Nogeh merupakan Ahli Parlimen Mas Gading dan setiausaha agung SPDP.-Utusan Borneo
Post a Comment