RM3 juta diperuntukkan menaik taraf 27 jalan di kawasan Tudan


MIRI: Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi projek menaik taraf 27 jalan di kawasan Tudan untuk manfaat penduduk sekitarnya.

Beliau yang mengadakan lawatan ke beberapa tempat pelaksanaan projek itu semalam, berpuas hati dengan kerja-kerja menaik taraf tersebut.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan kerja-kerja dilakukan kontraktor yang dipertanggungjawabkan.

“Namun, Majlis Bandaraya Miri (MBM) harus melakukan pemeriksaan bagi memastikan pembinaan mengikut piawaian ditetapkan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memberitahu, projek tersebut termasuk beberapa jalan sudah diturap dan pembetungan parit.

Menurut beliau, sekiranya terdapat antara projek jalan berkenaan tidak menepati ketetapan digariskan MBM, kontraktor dipertanggungjawab melaksana projek itu akan diarah mengubah semula kerja-kerja menaik taraf tersebut.

“Kita sudah menyediakan peruntukan dan memberi garis panduan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf terbabit dan sekiranya mereka tidak menepati syarat tersebut mereka akan diarah mengubahnya semula.

“Sekiranya masih juga tidak menepati, kontraktor terbabit akan disenaraihitamkan untuk projek seterusnya,” jelasnya.

Lee berkata ia adalah sebahagian daripada projek menaik taraf jalan untuk keselesaan pengguna jalan raya khususnya penduduk sekitar kawasan terbabit yang juga merupakan kawasan penempatan semula Tudan.

Sementara itu, penduduk di kawasan berkenaan turut berpuas hati dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan tersebut.

“Kami penduduk di sini amat gembira dengan jalan sudah diturap, sebelum ini hanya jalan batu dan ini memudahkan perjalanan serta terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin,” kata salah seorang penduduk.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget