Parti Keadilan Rakyat umum akan bertanding di kerusi DUN Batu Kitang


KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengumumkan mereka akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Wakil PKR yang bertanggungjawab terhadap DUN Batu Kitang Hee Loy Sian berkata parti itu menyenaraikan Voon Shiak Ni, Chua Kuan Ching dan Simon Siah sebagai calon berpotensi.

“Jentera pilihan raya kami sudah bersedia. Kami telah mengumpul maklum balas daripada penduduk setempat dan majoriti mereka mengalu-alukan PKR bertanding di Batu Kitang,” katanya pada sidang media bagi melancarkan jentera pilihan raya DUN Batu Kitang PKR di sini semalam.

Hee berkata maklum balas itu bukan sahaja diperolehi daripada kawasan Cina, tetapi turut merangkumi Bidayuh dan Melayu.

Kawasan baharu pilihan raya yang dicadangkan itu merangkumi Jalan Arang, Haji Baki, Pasar Maong, Landeh, Lidah Tanah dan Batu Kitang dengan jumlah pengundi kira-kira 20,000 orang.

Hee yakin peluang PKR di Batu Kitang ekoran sokongan padu dan bakal-bakal calon muda yang sedia bekerja gigih membantu rakyat.

“Kami bukan sahaja ber-sedia tetapi sudah melakukan kerja-kerja kemasyarakatan sejak beberapa tahun sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Siah berkata meskipun kerusi DUN Batu Kitang sebelum ini belum disahkan kewujudannya ekoran proses rayuan persempadan semula kawasan pilihan raya di Mahkamah Persekutuan, bakal-bakal calon dan pekerja parti telah bekerja di kawasan terbabit.

Katanya bakal-bakal calon sentiasa bekerjasama menyelesaikan masalah rakyat dan mengetepikan permainan politik untuk menjatuhkan bakal calon yang lain.

“Di Batu Kitang antara masalah utama ialah jenayah, banjir dan kemudahan asas seperti jalan dan lampu jalan,” ujarnya.

Sementara itu, Voon berkata mereka akan meneruskan usaha membantu masyara-kat menyelesaikan masalah mereka.

“Kami telah melakukan ini bertahun-tahun lamanya dan semua berjalan baik dan kami berpendapat sudah tiba masanya untuk berkhidmat kepada rakyat menggunakan landasan lain,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget