Kontraktor lembap punca sekolah diancam tanah runtuh

BERISIKO: Keadaan tanah runtuh di cerun bukit berhampiran SK Pedaun Bawah.
KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Pedaun Bawah, sebuah sekolah rendah yang dibina di atas sebuah bukit di Krokong, Bau kini diancam risiko tanah runtuh semula disebabkan kegagalan kontraktor bertanggungjawab menyiapkan projek pengukuhan cerun di situ.

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Boniface Willy Tumek berkata situasi itu telah menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa murid dan guru di sekolah berkenaan.

“Dengan musim hujan dijangka berlaku pada hujung tahun ini, pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah di Bau termasuk guru dan ibu bapa murid sangat bimbang kerana ia boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku semula,” katanya.

Menurut Boniface, pada awal November 2013 berikutan hujan lebat, cerun bukit yang menghadap ke tepi blok bilik darjah sekolah tersebut telah terjejas teruk oleh tanah runtuh dan menjarakkan bangunan sekolah itu hanya beberapa kaki dari cerun yang runtuh tersebut.

Jelas beliau pada Ogos 2014, kerja untuk mencegah tanah runtuh tersebut dan mengukuhkan cerun telah bermula dengan projek berkenaan dijangka siap pada Ogos 2015.

“Malangnya sehingga hari ini, kemajuan projek itu seolah-olah tidak mencapai 20 peratus,” kata Boniface.

Beliau menambah, difahamkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan amaran kepada kontrantor terbabit tetapi tidak berhasil.

Sehubungan itu, Bonicafe berkata guru dan ibu bapa murid di SK Pedaun Bawah menyeru Kementerian Pendidikan supaya mengambil tindakan segera terhadap perkara terbabit.

“Kementerian Pendidikan harus memastikan kerja-kerja projek pengukuhan cerun dimulakan lagi dan siap sebelum permulaan sesi persekolahan tahun depan,” katanya.

Boniface turut menyuarakan kekecewaannya terhadap Kementerian Pendidikan yang mengabaikan sekolah-sekolah di Sarawak.

“Aduan mengenai sekolah-sekolah usang di Sarawak terutama di luar bandar telah menjadi perkara biasa,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget