Keluarga Melayu selar kumpulan ‘baju merah’ mahu mansuhkan sekolah Cina

Isu pemansuhan sekolah vernakular dibangkitkan sewaktu himpunan "baju merah" pada 16 September lalu mendapat reaksi daripada keluarga Melayu-Islam terutamanya yang menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.
Meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Facebook, ramai di antara mereka tidak bersetuju dengan pemansuhan sekolah tersebut dan mempertahankan keputusan mereka memilih sekolah vernakular untuk pendidikan anak-anak.

Najihah Desa yang meletakkan gambar himpunan baju merah dengan kain rentang tertulis "hapuskan sekolah Cina" menyelar tindakan kumpulan itu.

"Anak saya sekolah SJKC, jadi apa masalahnya?," soalnya merujuk kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Status tersebut mendapat lebih 33,000 tanda suka dan dikongsi 23,000 pengguna Facebook sejak Khamis lalu.

Kebanyakan komen di status tersebut dibuat keluarga Melayu lain yang menghantar anak mereka ke sekolah vernakular sama seperti Najihah.

"Kawan baik saya sekolah Cina, sekarang hantar anak sekolah Cina.. Baik sahaja! Kenapa hendak tutup sekolah Cina? Racist! kata satu malaysia ?..," kata Iema Amdan.

Najihah dan suami tinggal di Taman Desa Jaya, Guar Chempedak.

Anak mereka masing-masing Husna, 11, and Hannan,7 kini bersekolah di SJK(C) Chung Hwa in Sungai Yan.

Najihah juga memberitahu The Star status di Facebook menyokong sistem pendidikan vernakular adalah isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan.

"Apa kesalahan sekolah vernakular? Kenapa ia dipolitikkan?

Beliau menambah pihaknya sangat bergembira kerana anaknya mampu menguasai bahasa lain selain bahasa Melayu.

"Kuasai lebih dari satu bahasa adalah kelebihan dan ini akan membawa kita lebih harmoni dengan kaum lain. Anak saya ada kawan dari pelbagai kaum dan suami saya ahli perniagaan sememangnya berhubung dengan ahli perniagaan kaum Cina," katanya lagi.

Husna turut memberitahu cita-citanya untuk menjadi guru bahasa Mandarin memandangkan itu adalah subjek kegemarannya.

"Saya mahu berkawan dengan ramai Cina dan akan mendaki Tembok Besar China suatu hari nanti".

Sebelum ini, kecoh isu untuk menghapus SJKC selepas gambar peserta himpunan baju merah memegang kain rentang tersebut menjadi viral di media sosial.

Ekoran itu, Pemuda MCA membuat laporan polis kerana mendakwa ia adalah satu hasutan.

- The Malaysian Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget