BR1M mungkin naik tahun depan


Menurut Ahmad Husni, untuk BR1M tahun depan, penambahan nilai bantuan itu merangkumi semua peringkat penerima, namun golongan berpendapatan paling rendah bakal menerima penambahan bayaran paling tinggi. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak menolak kemungkinan kadar bayaran BR1M akan dinaikkan pada tahun depan untuk semua kategori penerima.

Menurut Ahmad Husni, untuk BR1M tahun depan, penambahan nilai bantuan itu merangkumi semua peringkat penerima, namun golongan berpendapatan paling rendah bakal menerima penambahan bayaran paling tinggi.

Kata beliau, ketika ini terdapat tiga kriteria penerima BR1M iaitu yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, bawah RM3,000 dan orang bujang.

“Kerajaan mahu memberikan lebih sedikit bantuan untuk golongan berpendapatan rendah bagi membantu mereka mengurangkan kos sara hidup.

“Kita juga boleh menjangkakan nilai bantuan BR1M tahun depan akan ditambah, namun perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2016 (23 Oktober depan),” katanya yang dilapor Utusan Malaysia dalam satu program di Ipoh, pada Ahad.


Menurutnya, walaupun pendapatan negara dijangka tidak meningkat tinggi tahun ini tetapi memadai bagi kerajaan untuk menggunakannya bagi menampung perbelanjaan pentadbiran dan pembangunan negara.

Katanya, dijangkakan tiada perubahan drastik dalam keupayaan kerajaan untuk menampung perbelanjaan pembangunan kerana pendapatan negara dijangka tidak menerima impak besar daripada krisis mata wang antarabangsa.

“Permintaan untuk perbelanjaan pembangunan sudah tentu akan bertambah tetapi kerajaan akan memberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang perlu didahulukan seperti BR1M yang akan menjadi antara keutamaan kerajaan,” ujarnya.

Malah jelasnya, dijangkakan pendapatan yang lebih baik pada tahun depan jika tiada masalah kejatuhan mata wang atau penurunan harga minyak.

- The Rakyat Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget