Speaker Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata tiada usaha ditunjukkan pembangkang menyumbang lembu korban kepada masyarakat Muslim di kawasan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidil-adha.
“Hari Raya Aidiladha me-rupakan hari penting buat semua masyarakat Muslim seluruh dunia. Terdapat penduduk Muslim di kawasan mereka.
“Namun, Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang seakan-akan tidak berusaha untuk mendapatkan lembu korban,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Hari Raya Aidiladha 2015 di Masjid Al-Muhajirin, di sini semalam.
Menurutnya, kerana itu beliau melawat beberapa kawasan pembangkang iaitu di Sentosa, Teku, Me-radong dan Rapok yang tidak menerima lembu korban daripada wakil rakyat mereka.
Sementara itu, lapan ekor lembu telah dikorbankan di Masjid Al-Muhajirin sempena sambutan Hari Raya Korban semalam.
Lima daripada lapan ekor lembu berkenaan sumbangan ahli korporat Tan Sri Bustari Yusuf.
Manakala dua ekor adalah daripada Asfia sendiri dan seekor daripada Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Zon Tengah Datuk Lau Cheng Kiong.
Agihan daging lembu korban disampaikan Mohd Asfia kepada golongan yang memerlukan di sekitar Sentosa di sini.-Utusan Borneo
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.