Jalan Tudan dinaik taraf kepada empat lorong


MIRI: Kerja menaik taraf Jalan Tudan yang menelan kos pembinaan kira-kira RM42 juta akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan ia dijangka siap selewat-lewatnya tahun depan.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata semalam agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kemudahan asas telah mengadakan lawatan ke tapak projek bagi menjalankan survei.

“Mereka akan menghantar laporan tentang perbelanjaan keseluruhan projek ini dalam masa terdekat dan kita jangka projek ini akan mula dilaksanakan pada bulan depan,” katanya di sini.

Menurutnya, projek menaik taraf jalan dua lorong kepada empat lorong sejauh 3.5 kilometer itu antara projek yang dinanti-nantikan penduduk kawasan Tudan dan sekitarnya.

“Kami amat berharap dengan adanya lorong tambahan dan jalan raya yang lebih besar akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak,” jelasnya.

Antara syarikat yang hadir semalam ialah Syarikat SESCO Berhad, Lembaga Air Kawasan Utara, Telekom Malaysia, Sarawak Gas dan SACOFA.

Menurutnya, kesemua agensi berkaitan kemudahan asas itu hadir bagi mengenal pasti isu-isu berbangkit selain mengemukakan peruntukan tambahan berkaitan projek Jalan Tudan.

Setiap hari jalan tersebut terlalu sesak terutama pada jam 6 hingga 8 pagi, jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan dari jam 5 hingga jam 7 malam.

Jalan tersebut mempunyai dua lorong yang sempit dan keadaan bertambah buruk setiap kali berlaku kemalangan.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget