Anwar bukan Nelson Mandela – Bung Mokhtar


PETALING JAYA: Keputusan Pakatan Harapan yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang itu menang pilihan raya terus dikritik kerana dianggap tidak munasabah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, Pakatan Harapan seperti ‘hilang akal’ apabila mencalonkan Anwar sedangkan Ketua Umum PKR itu masih di dalam penjara selepas PRU14.

Katanya, Pakatan Harapan juga sepatutnya sedar dengan hakikat bahawa Anwar jauh berbeza dengan Nelson Mandela yang menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjara 27 tahun.

“Nelson Mandela dipenjara kerana faktor politik tetapi Anwar dipenjara selepas mahkamah mendapati beliau bersalah melakukan jenayah

“Saya nampak bahawa Pakatan Harapan ketandusan pemikiran yang baik, sebab seorang sudah dipenjara itu pula mereka nak jadikan idola, Anwar bukan Nelson Mandela. Mahkamah sudah membuktikan Anwar bersalah,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu menyeru rakyat ‘membuka mata’ sama ada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang yang berjuang untuk rakyat dan pihak mana pula yang berjuang demi kuasa.

Bung turut menyindir pembangkang apabila penubuhan Pakatan Harapan tidak mendapat sokongan Pas.

“Saya nampak dari awal penubuhan Pakatan Harapan dah bercelaru, ini jelas menunjukan Pakatan Harapan ini rapuh.

“(Malah) saya tetap yakin bahawa BN yang sudah lama memerintah tidak dapat ditewaskan Pakatan Harapan kerana mereka sendiri tidak menyerlah kerana dibayangi Pas yang mendapat sokongan orang Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Nelson Mandela tidak meliwat, tidak main China Dol.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget