Melayu yang ‘ditampar’ akan bertindak balas, tetapi ianya ke atas Umno


KOMEN: ‘Ditampar’ terlalu banyak kali dan maruah yang sedang “ditindas”, orang Melayu akan bangkit tidak lama lagi, tetapi bukannya bangkit mempertahankan parti berasaskan Melayu Umno itu, kebangkitan baru ini akan menentang parti yang sama yang telah mempermainkan mereka yang sepatutnya dipertahankan oleh parti itu.

Di sebalik usaha keras Umno untuk terus mengekalkan orang Melayu kekurangan intelek, kebergantungan ekonomi dan akur secara moral, ia bergerak ke arah satu kebangkitan fikiran Melayu, minda Melayu dan kesedaran Melayu yang akan berlaku.

Semua ini kerana muslihat pecah dan perintah yang Umno warisi daripada penaung mereka, British tidak lagi berkesan di era Internet dan gerakan maklumat bebas hari ini.

Orang Melayu, yang telah ditawan oleh Umno untuk satu tempoh yang terlalu lama, sekarang ini memerlukan satu kebangkitan dan pembalasan. Perdana Menteri Najib Razak betul apabila beliau berkata orang Melayu tidak lagi boleh bertolak ansur apabila ditampar.

Dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi tepat ketika beliau berkata bahawa apabila ditolak ke dinding dan maruah mereka dicabar, orang Melayu akan bangkit dan melawan.

Tetapi kedua-duanya salah tentang siapa yang akan dilanda tsunami orang Melayu. Ianya bukanlah ke atas ancaman khayalan kepada bangsa itu, tetapi ia akan menentang bahaya yang jelas dan nyata yang dibawa Umno.

Parti politik hipokrit itu mungkin mendakwa menjadi penyelamat orang Melayu, tetapi pemimpin parti itulah yang telah mengelirukan orang yang sama yang didakwa dipertahankan mereka, merekalah yang sebenarnya yang menindas dan mengancam maruah bangsa itu.

Umnolah yang menampar orang Melayu dan melayan mereka seperti mereka bodoh, pekak dan buta. Mendakwa bercakap bagi pihak rakyat sedangkan mereka sendiri hampir tidak dapat menggerakkan sokongan daripada ahli parti mereka sendiri.



Berpura-pura yang semuanya baik apabila orang Melayu sendiri dapat melihat dan mendengar tragedi yang berlaku terhadap ekonomi kita, negara kita dan cara pemimpin Umno menghancurkan semuanya.

Umnolah yang menginjak maruah orang Melayu dengan melayan mereka seperti anak kecil dan orang bodoh, memimpin mereka ke arah kehancuran sendiri dengan mempergunakan kesetiaan membuta-tuli dan sentimen ultra-rasis.

Semua ini ketika mereka mendakwa menjadi inklusif dan bekerja hanya demi kebaikan orang Melayu, Islam dan negara ini. Walaupun pada hakikatnya, Umno sedang melakukan perkara lain selain daripada yang disebut.

Mereka hanya bekerja demi kebaikan mereka sendiri dan menuju ke arah matlamat sendiri, malangnya menuju ke arah pengkayaan para pemimpin korup dan para pengampu yang hanya mempergunakan orang Melayu untuk mereka kekal berkuasa.

Seperti kebanyakan mangkuk hayun dalam Kabinet, para pengampu ini dibayar dengan jumlah yang banyak untuk meluahkan asap dan bau busuk dengan semangat, berlagak seperti pendakwah walaupun ketika mereka mengampu, semua ini dilakukan dengan air liur mereka sendiri.

Melakukan semua yang mereka mampu untuk mengekalkan keseluruhan bangsanya, tidak berpendidikan, berfikiran sempit, telinga tertutup dan kebergantungan ekonomi. Orang Melayu yang percaya dan bergantung yang tidak mempunyai akses kepada kebenaran adalah penyumbang kepada kekuatan Umno.

Tetapi semua itu sedang berubah dengan kemunculan era maklumat dan kebangkitan anak muda Melayu yang memisahkan diri mereka daripada belenggu generasi Merdeka.

Orang Melayu sedang bangkit, revolusi sedang tiba, dan ia akan menjelmakan satu amukan yang sebati dalam DNA kepahlawanan orang Melayu. Ianya akan menjadi satu arus yang akan menghanyutkan Umno dan mereka yang berdiri bersama mereka

Inilah janji yang akan tiba, dan ketakutan yang sedang dibau oleh Umno sekarang, bukan “air kencing” dari Bersih 4, dan yang akan melihat mereka terkencing dalam seluar ketakutan, sebelum ditendang dari kerusi empuk mereka.-The Ant Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget