DAP Sarawak sokong politik perkauman, kata Abdullah


KUCHING: Tindakan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mempertahankan Tony Pua dan kekerapan lawatan ahli politik DAP lain dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak petunjuk jelas DAP Sarawak amat menyokong kempen politik yang mempromosikan per-kauman, kebencian dan manipulasi.

Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol yang meng-ulas mengenai larangan ma-suk ke Sarawak terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua baru-baru ini, berkata DAP Sarawak tidak berbeza dengan parti politik dari Semenanjung Malaysia.

“Chong dan rakan-rakan DAP beliau di Sarawak adalah ejen yang ditugaskan untuk mempromosikan budaya politik jahat seperti diarahkan dalang mereka di Semenanjung Malaysia.

“Tony Pua malahan pernah dikritik oleh Ahli Parlimen DAP enam penggal dan Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw kerana terus menerus menuduh tanpa usul periksa,” katanya yang diminta mengulas kenyataan Chong, semalam.

Katanya wujud juga dakwaan mengatakan Tony Pua mempunyai kaitan rapat dengan Sarawak Report dan The Edge yang dituduh cuba menjatuhkan kerajaan dipilih menerusi demokrasi dan menimbulkan kacau-bilau dalam negara yang boleh menggugat kedaulatan sebuah negara merdeka.

“Kerajaan Negeri Sarawak berhak menolak kemasukan individu seperti Tony Pua yang dikhuatiri akan membawa pengaruh negatif terhadap keamanan dalam masyarakat pelbagai kaum di sini.

“Kita tidak perlu memberi penjelasan lanjut alasan di sebalik tindakan itu kerana kerajaan negeri mempunyai hak mutlak berhubung kuasa imigresen,” ujarnya.

Menurutnya, sikap Chong juga pelik kerana selama ini beliau menganggap Chong menyokong usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ke arah menuntut lebih banyak kuasa autonomi daripada kerajaan persekutuan tetapi sebaliknya mengkritik Adenan kerana mempraktikkan hak dan kuasa kerajaan negeri.

Dakwaan Chong menyata-kan tindakan Adenan itu ialah petunjuk sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dangkal dan sebaliknya, ia cuma menunjukkan kecelaruan dan kurang keyakinan Chong dan DAP Sarawak.

Abdullah berkata lagi kegagalan ‘perhimpunan baju kuning’ juga merupakan petunjuk majoriti rakyat Sarawak menolak kempen politik berkaitan pembangkang.

“Larangan masuk terhadap Tony Pua ke Sarawak juga merupakan mesej kepada pembangkang bahawa rakyat Sarawak tidak gemar terhadap jenama politik buruk,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget