AMANAH Sarawak sedia hadapi BN


KENYATAAN MEDIA

PARTI AMANAH NEGARA SARAWAK BERSEDIA BERSAMA RAKAN PAKATAN HARAPAN MENGHADAPI BN

Parti Amanah Negara Negeri Sarawak mengalu-alukan pembentukan Pakatan Harapan (PH) yang menggantikan Pakatan Rakyat yang menghadapi krisis baru-baru ini.

Persidangan dari meja bulat yang diadakan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) semalam untuk mewujudkan pakatan pembangkang yang boleh menjadi alternatif selain dari Barisan Nasional (BN) yang sudah lama memerintah.

Isu perkauman yang dimainkan oleh parti pemerintah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka membuatkan muafakat yang sangat diperlukan negara ketika ini.

Biarpun, Amanah Negara masih baru di Sarawak “Amanah" mampu memberi keyakinan kepada rakyat sarawak bagi membela seluruh rakyat di Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

Suara-suara menolak parti dari Malaya tidak perlu diperdendangkan sebenarnya kerana selama ini yang memerintah Sarawak adalah parti tempatan yang sama sekali mewakili BN dan UMNO secara keseluruhan.

Ternyata, selepas membentuk Malaysia pada 16 September 1963 - peluang ekonomi, pendidikan dan taraf hidup rakyat Sarawak masih jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka di Semenanjung Malaysia.

Jika benar, parti tempatan memperjuangkan Sarawak kenapa masih lagi timbul masalah kekurangan bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya di kawasan luar bandar Sarawak.

Isu tersebut sepatutnya sudah diselesaikan 50 tahun yang lalu kerana sumber bumi Sarawak sangat kaya.

Dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal tiba tidak lama lagi, Amanah Sarawak bergading bahu serta kerjasama bersama rakan-rakan dalam "Pakatan Harapan” dalam membawa alternatif lain selain PBB dan komponen BN negeri.

Kita parti baru, kita adalah harapan baru kepada rakyat Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan!

Amanah - Progresif - Peduli

Mohammad Fidzuan Zaidi
Pengerusi Parti Amanah Negara
Negeri Sarawak

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget