Kemenangan mahasiswa prokerajaan bukti Gen Y fahami BN - Najib

MUAR  - Kemenangan besar mahasiswa prokerajaan dalam pilihan raya kampus di tujuh universiti awam negara baru-baru ini membuktikan generasi baharu memahami perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan mahasiswa prokerajaan itu adalah pertama kali dalam sejarah pilihan raya kampus.

“Siapa kata kita tidak laku dengan kalangan Gen Y? Mereka boleh sokong, dengan syarat kita dapat memaparkan perjuangan kita kepada mereka.

“Beri mereka faham apa sebenarnya dasar kita, matlamat perjuangan kita dan cara kita,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Muar di Jalan Meriam di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata buat pertama kalinya dalam sejarah, pilihan raya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang selama ini dimonopoli mahasiswa propembangkang, juga dimenangi mahasiswa prokerajaan.

“Kalau mereka (generasi baharu) faham, mereka boleh terima yang masa depan mereka sebenarnya adalah kemenangan kita. Wujudnya mereka di universiti juga kerana kita,” kata Najib.

Pada pilihan raya kampus sesi 2015/2016, kumpulan Pro-Aspirasi iaitu kumpulan mahasiswa prokerajaan mendominasi kemenangan di UM, UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UIAM.

- Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget