'Tiada tempat untuk Tun Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO'

TAJUDDIN: Adalah lebih baik jika Dr Mahathir tidak dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini.
KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah lebih baik jika mantan perdana menteri itu tidak dijemput ke perhimpunan itu selepas hadir ke perhimpunan Bersih 4 di ibu negara pada Sabtu.

"Elok beliau tidak perlu hadir ke perhimpunan itu nanti. Kehadiran beliau nanti dikhuatiri memberi persepsi negatif dalam kalangan ahli parti.

"Perjuangan sudah berbeza dan beliau sanggup bersekongkol dengan pembangkang," katanya ketika dihubungiAstro AWANI di sini.

Pada Sabtu, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengejutkan banyak pihak apabilakedua-duanya hadir pada perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka.

Kehadiran mereka disambut peserta perhimpunan yang turut tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama.

Dalam pada itu, ketika ditanya apakah UMNO perlu melucutkan keanggotaan atau mengharamkan terus kehadiran Dr Mahathir dalam mana-mana program anjuran parti, ini kata Tajuddin: "Tidaklah perlu sampai hendak mengharamkan beliau. Ini bukan kerja kita... mengharam atau menghalalkan seseorang."

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijangka akan diadakan pada 9 September depan.

Beberapa portal berita melaporkan status keahlian Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam parti akan ditentukan pada hari tersebut.

Pada Mei 2008, Dr Mahathir pernah keluar daripada UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun, pada April 2009, Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula UMNO selepas Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan digantikan dengan Datuk Seri Najib Razak.

- Awani

Post a Comment

CETEK FIKIRAN mentri ni- negara dah nak tenggelam
dia masih taktau
atau buat2 taktau
ni lah mentri najub- mentri utk mempertahankn dia

Sebagai ahli UMNO dan bekas Perdana Menteri yang telah mengangkat martabat Malaysia di persada dunia ,adalah tidak wajar dan tidak masuk akal sekira beliau tidak di jemput menghadiri perhimpunan UMNO.Kita sebagai orang melayu adalah terkenal dengan budi bahasa dan tingkah laku yang mulia,seharusnya jangan lah di cemarkan oleh budaya yang kurang sopan dan kurang ajar saperti yang di cadangkankan oleh seorang ahli parlimen yang bongok dan otak berisi tahi .Ahli parlimen ini ingat UMNO itu bapak dan datuk moyang dia yang punya.Kalau dalam parlimen selalunya dia ni bercakap macam orang mabuk ketum.Entah apa2 yang di cakap.Tidak ada nilai akademik dan etetika langsung.Muka dah lah macam samseng taik kucing,buat malu Malaysia aje.

Ini adalah tipikal muka " SENGAL dan BUNGKO".Muka ini kalau kita tenung lama2 akan menyebabkan kita boleh hilang selera makan dan nafsu sek.Jadi hindari lah diri anda dari menenung muka tersebut di atas.Kalau dah terkena cepat2 pergi ke Pasir Salak dan makan 10 biji buah salak untuk mengubatinya.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget