Lokasi pembalakan haram diserbu, 73 balak dirampas

HARAM: Pegawai penguat kuasa SFC memeriksa balak yang dirampas,
di Ulu Sungai Banyau Mujong, Kapit.
KAPIT: Bertindak daripada maklumat orang ramai, sepasukan pegawai penguat kuasa daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) melakukan serbuan ke atas sebuah lokasi pembalakan haram di Ulu Sungai Banyau Mujong dekat sini Sabtu lepas.
Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan SFC, pasukan itu terpaksa mengambil masa selama dua hari untuk mengesan lokasi pembalakan haram yang berlaku di kawasan berlesen.
“Semasa kami tiba, penjenayah melarikan diri dari lokasi serbuan tetapi meninggalkan beberapa barang dipercayai milik mereka.
“Kami menganggarkan lapan orang terlibat dalam aktiviti haram itu.
“Dalam serbuan itu, 73 balak spesies engkabang, meranti, kapur dan beberapa spesies lain dirampas yang dianggarkan seberat 150 tan metrik atau 330 meter padu,” katanya kenyataan itu.
SFC menambah, konsesi balak berlesen telah dimaklumkan mengenai serbuan itu dan laporan polis dibuat di Balai Polis Kapit pada hari sama.
Balak-balak yang dirampas akan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk siasatan lanjut dan dilupuskan. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget