Malaysia akan lemah selagi Najib masih PM, kata Aziz DAP

KUCHING: Malaysia akan terus menjadi lemah selagi Najib masih menjadi Perdana Menteri akibat hutang negara yang mencecah RM850 billion, kata Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak.

"RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib terus menjadi tanda tanya dikalangan rakyat Sarawak", kata beliau yang turut menyatakan bahawa isteri PM, Rosmah berbelanja mewah berbanding isteri-isteri PM yang terdahulu.

Selaku Setiausaha publisiti Pemuda DAP Petrajaya, Aziz turut walaupun dijangka kali ini merupakan pilihanraya yang agak sukar, undi terhadap pembangkang di kawasan Bumiputera semakin meningkat.

"Masyarakat Cina menyokong kepimpinan Adenan Satem kerana beliau memperjuangkan hak rakyat. Namun masyarakat Cina tidak menyokong pemimpin yang lain kerana mereka tidak berani menyuarakan hak rakyat diperingkat parlimen", tegas beliau lagi.

Selain Aziz, ceramah 'Kopitiam Talk' anjuran DAP Sarawak semalam turut dihadiri oleh YB Violet Yong-ADUN Pending, Mordi Bimol dan Bunsin Kalun dari DAP Serian.

Pada program yang sama, DAP turut membuat promosi jualan baju Bersih 4.0 dan menyeru agar orang ramai agar turut sama hadir ke perhimpunan yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos akan datang di Kuching-SarawakLIVE

Post a Comment

RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib terus menjadi tanda tanya dikalangan rakyat Sarawak", kata Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak. Untuk dapat jawapan cuba baca .. http://www.sarawaklive.com/2015/08/tpm-temui-penyumbang-derma-rm26b.html

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget