Belanja RM1,000 penuhi rumah dengan Jalur Gemilang, bendera Sarawak

DEMI NEGARA TERCINTA: Pesara kerajaan belanja RM1,000 penuhi rumah dengan Jalur Gemilang, bendera Sarawak.


BINTULU: Seorang pesara kerajaan di sini membelanjakan lebih RM1,000 untuk membeli dan memasang bendera di kediamannya dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Mohidi Drahman, 62, dari Kampung Assyakirin Fasa 3 semasa ditemui berkata, kesediaannya membelanjakan wang dengan membeli bendera negeri dan negara sebagai salah satu usaha menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan negara tahun ini.

Katanya ia usaha pertama kali dilakukannya sebagai kewajipan kepada negara dan tanda mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi dan memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan.

“Usaha ini diharap memberi contoh kepada generasi muda supaya sayang akan negara sebagai tempat kelahiran serta memelihara nikmat keamanan yang dikecapi di negara ini,” ujarnya kelmarin.

PATRIOTIK: Mohidi (kanan) dibantu seorang penduduk, Isuandy@Lapok Yassin memasang bendera negeri Sarawak dan Jalur Gemilang di hadapan kediamannya di Kg Assyakirin Fasa 3.


Beliau begitu bersemangat menyambut Hari Kemerdekaan turut menasihati generasi muda agar terlibat dalam pelbagai aktiviti yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan menyumbang khidmat bakti kepada negara. Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget