Geng Anti-Bersih adalah Melayu TERBANGSAT, kata Aziz DAP



Selepas tersebarnya foto dan video demo 'Geng Anti-Bersih' semalam, Abdul Aziz Isa, selaku pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak mengutuk keras aktiviti tersebut.

"Seriously! Aku malu tengok perangai MELAYU macam ni. Gah depan Melayu tetapi kecut dalam pelajaran. Begitu rupa kuih, begitulah rupa acuannya. Ini baru Melayu TERBANGSAT!", kata beliau dalam kenyataan di laman sosial Facebook miliknya semalam.

"Ya Allah, aku memang MALU! Oh Melayu, kenapa kamu diperbodohkan Pahlawan Bugis dan Hantu Mak Mah?", kata Aziz sambil mempersoal mengapa kumpulan tersebut sanggup memperbodohkan diri mereka sedangkan pemimpin mentertawakan kumpulan berkenaan.

"Kamu semua dapat RM2.6 billion? Hasil Melayu didikan UMNO dan Barisan Nasional. Esok mungkin orang PBB pula akan buat begini. Dasar Melayu Terbangsat!", tambah beliau lagi.

Foto dan video demo anti perhimpunan Bersih 4.0 berkenaan juga turut mendapat respon negatif dari pelbagai lapisan bangsa.

"Hasil didikan DAP takkan jadi begini. Hasil didikan DAP akan berpolitik guna otak dan akal.Harus panggil 'Ghostbuster'", tambah Aziz.

"Kena rasuk roh Pahlawan Bugis. Hantu Mak Mah pun ada juga. Nampak sangat Melayu diperbodohkan sebegini. Bab macam ni, kamu hebat. Bila bab belajar, menulis pun tak pandai", ujar beliau yang mungkin memaksudkan Najib dan Rosmah.

Abdul Aziz Isa merupakan Ketua Publisiti Pemuda DAP Petrajaya yang mungkin bertanding di DUN Satok pada pilihanraya Negeri Sarawak akan datang.

Sejak kebelakangan ini Aziz sering turun padang untuk kerja sosial membantu penduduk Melayu khasnya di DUN Tupong dan Satok, namun amat kecewa melihat aktiviti yang dilakukan oleh 'Geng Anti Bersih' dan menyifatkan ianya sangat memalukan.

"Bapa saya Melayu-Melanau, ibu saya Iban-Selako", tambah Aziz sebagai menyatakan bahawa beliau berketurunan darah campuran Sarawak.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget