SUPP beri amaran keras kepada PBB, mahu kerusi dibahagi sama rata



MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengekal-kan pendiriannya untuk menolak dan membantah keras mana-mana parti politik mahu menjadi dominan di negeri Sarawak mahupun seluruh negara.

Ini kerana SUPP berpendapat bahawa amat penting bagi rejim peme-rintah untuk menjaga dan memelihara kepentingan dan keperluan masyarakat majmuk negara dan negeri ini yang mempunyai pelbagai latar belakang agama, budaya, kepercayaan dan bahasa, selain berkongsi pentadbiran kerajaan dengan semua kaum demi mengekalkan perpaduan rakyat.

“Kami sentiasa membantah mana-mana pihak politik dominan berdasarkan konsep satu etnik semata-mata kerana rejim pemerintah (di negeri dan negara ini) sewajarnya menjaga masyarakat maj-muk berbilang bangsa, agama, budaya dan bahasa demi menjaga perpaduan kaum,” kata Setiausaha Penerangan dan Publisiti SUPP Pusat Adam Yii.

Kenyataan SUPP itu dikeluar beliau pada 1 Jun lalu, sempena sambutan perayaan Hari Gawai Dayak dan kunjungan pemimpin SUPP Miri ke beberapa kediaman pe-mimpin masyarakat Dayak di sini.

Menurut Adam lagi, SUPP berpendapat bahawa keharmonian dan perpaduan antara kaum di negeri ini boleh musnah jika berlakunya pembentukan sistem dominasi oleh sesebuah parti sahaja atau penguasaan berdasarkan etnik dan bangsa.

“Sebaliknya SUPP telah dan sentiasa mengekalkan pendiriannya, sejak parti ini ditubuhkan iaitu kita perlu sentiasa mengamalkan hak yang saksama, adil dan komposisi untuk rakyat berbilang kaum dan ia usaha yang kami sedia sebaik kami beroperasi dan memerintah bersama-sama parti dalam pakatan kerajaan.

“Justeru, sebab itu dalam isu terkini berhubung sembilan calon langsung BN yang memohon untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), kami di SUPP telah memberi peringatan keras bahawa bagaimana PBB akan meneruskan perkara ini mengikut percaturannya,” katanya.

Malah SUPP katanya, akan terus berjaga-jaga dan memerhatikan perkembangan tersebut (tindakan PBB), yang menurut mereka akan memberi ke-san mendalam terhadap masa depan Sarawak, suatu hari kelak, malah keputusan dibuat PBB itu bakal mewujudkan satu trend dalam politik.

“SUPP malah telah berulang kali menyatakan dengan jelas dari awal, malah sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, bahawa kita tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan kaedah calon langsung BN ini.

“Kerana apa yang berlaku ketika ini menunjuk-kan bahawa PBB pada peringkat untuk menjadi parti politik yang dominan,” katanya.

PBB sudah mempunyai 40 wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) dan jika ia menerima sembilan wakil rakyat daripada calon langsung BN ini, bermakna PBB akan mengawal 49 daripada 82 kerusi DUN.

Sehubungan itu, SUPP berkata semua sembilan wakil rakyat iaitu calon langsung BN yang menang pada PRN baru-baru ini, tidak diterima dalam PBB, sebaliknya mereka perlu kembali kepada parti asal masing-masing, SUPP dan SPDP.

“Pada masa sama, BN perlu membahagi kerusi termasuk kerusi baharu sama rata antara empat parti komponen BN dalam konteks perkongsian kuasa adil.

“Ini kerana SUPP mahu melihat keseimbangan kuasa politik daripada empat parti komponen BN di Sarawak ini,” jelasnya.

Adam berkata, tindakan membenarkan hanya satu pihak (parti) sahaja yng melakukan perbezaan atau jurang yang besar terhadap pihak lain, adalah perkembangan yang tidak sihat dalam politik, lebih-lebih lagi di negeri ini.

Turut serta dalam kunjungan Hari Gawai Dayak kelmarin ialah Menteri Muda Pengangkutan Darat dan Udara dan Keselamatan yang juga Menteri Muda Pelancongan merangkap Naib Presiden SUPP Datuk Lee Kim Shin serta ADUN Piasau merangkap Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget