Pastikan gaji minimum RM1,000 dibayar, gesa PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang tidak membayar gaji minimum wajib baru yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Penyelaras Biro Pekerja PSM, M Sivaranjani berkata, sesetengah majikan mungkin meminta lebih masa, atau akan berpura-pura tidak tahu tentang perintah tersebut.

Oleh itu, beliau menggesa Kementerian Sumber Manusia memastikan pelaksanaan gaji minimum baru RM1,000 di Semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak mulai 1 Julai akan datang.

Kementerian, katanya, juga perlu meningkatkan usaha pemantauan di seluruh negara supaya pekerja boleh membuat aduan jika majikan melanggar peraturan gaji minimum.

"Kementerian Sumber Manusia perlu menyediakan talian aduan bagi pekerja membuat aduan dan memastikan maklumat disimpan secara rahsia kerana ramai yang takut menjadi mangsa apabila membuat aduan.

"Kementerian perlu mengheret syarikat yang tidak melaksanakan peraturan ini ke mahkamah, dan menyediakan makalah bulanan untuk menyalurkan maklumat mengenai status langkah penguatkuasaan yang diambil, " katanya dalam kenyataan, hari ini .

Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan bahawa peraturan gaji minimum akan melibatkan semua majikan di sektor swasta, tanpa mengira bilangan pekerja yang ada, kecuali pembantu rumah.

Upah minimum adalah mengikut kawasan, iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.- Malaysiakini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget