Sarawak dijangka bekal elektrik ke Sabah, Brunei


SIBU: Menteri Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi Utom memberitahu bahawa rundingan bagi membekalkan tenaga elektrik dari Sarawak ke Sabah dan Brunei sedang dijalankan.

“Sarawak Energy Berhad (SEB) bersedia membekalkan tenaga elektrik ke Sabah selepas 2020 dan perbincangan masih dijalankan dengan SESB Sabah.

“Bagi membekalkan tenaga ke Brunei perancangan dibuat pada 2019 bergantung kepada perbincangan komersil yang sedang dijalankan dengan Brunei.

“Namun tiada perancangan segera untuk membekalkan tenaga elektrik ke Semenanjung Malaysia atau Singapura,” katanya ketika ditanya bilakah Sarawak dijangka membekalkan tenaga elektrik ke Sabah, Brunei, Semenanjung Malaysia dan Singapura di sini, semalam.

Ditanya sama ada Kerajaan Sarawak menggalakkan penubuhan lebih banyak stesen jana kuasa biomas seperti Mukah Biomas Power Plant bagi menjana tenaga hijau, beliau berkata langkah tersebut amat digalakkan berdasarkan permintaan tenaga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu berkata, beliau merangka idea berhubung cara membekalkan bekalan elektrik dan air ke luar bandar seluruh Sarawak.

“Kita memberi penekanan menyelesaikan projek sakit melibatkan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB),” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget