Pembangkang Semenanjung hanya diberi tempoh 7 hari masuk Sarawak


MIRI : Langkah Kerajaan Negeri Sarawak menghadkan kemasukan wakil rakyat Pakatan dari Semenanjung memasuki negeri itu merupakan tindakan mencabul kebebasan rakyat negara ini bergerak.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata hal ini berikutan mereka hanya diberikan tempoh tujuh hari sahaja untuk masuk ke Sarawak bagi menghadiri upacara pengebumian dan menziarahi ahli keluarga Bill Kayong atau nama Islamnya Mohamad Hasbi Abdullah.

"Kami diberi tempoh tujuh hari sahaja bermula hari Allahyarham meninggal dunia, bukannya setiap orang diberi masa selama tujuh hari.

"Ini tidak wajar, beliau seolah-olah mahu memberitahu kita bahawa dia berkuasa dan kita perlu merayu untuk masuk ke Sarawak," kata Tian Chua ketika ditemui di Lapangan Terbang Miri sejurus sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur.

Tian Chua berkata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem juga tidak perlu bimbang dengan pengaruh pembangkang sekiranya yakin rakyat negeri itu menyokong pentadbiran beliau terutamanya kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak juga sudah lama berakhir

Sejak beberapa hari lalu, ramai pemimpin Pakatan dari Semenanjung memasuki Miri bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamad Hasbi.

Mohamad Hasbi mati selepas ditembak di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

Kematian Allahyarham yang penuh trajis itu dipercayai berkait rapat dengan sikap tegas beliau memperjuangkan tanah adat Sarawak (NCR) sehingga menimbulkan perasaan kurang senang pihak berkepentingan.

- Selangor Kini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget