KUALA KANGSAR- Ceramah Pakatan Harapan di Parlimen Kuala Kangsar malam tadi dikejutkan dengan 'ketibaan' sebuah replika jet yang dibawa ketika ucapan, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
'Jet' itu tiba tatkala Rafizi baru memulakan ceramahnya yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) di Jalan Daeng Silili, Kuala Kangsar malam tadi.
"Sila beri laluan, jet nak turun," demikian tutur Rafizi ketika mengumumkan ketibaan 'jet' tersebut.
Sementera itu, Rafizi ketika berbicara mengenai jet itu berkata, ia simbolik kepada kesusahan yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini.
"Rakyat dikenakan pelbagai tekanan, tetapi ada pemimpin yang hidup dalam keadaan 'gembira,"katanya.
Ceramah tersebut turut dihadiri oleh pimpinan Amanah, antaranya Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, dan pimpinan kanan Amanah yang lain.
- Sinar Online
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.