'Gurauan bom atom': Rafizi disiasat buat ugutan jenayah pada PM



Pihak polis mengesahkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli disiasat atas dakwaan ugutan jenayah berkaitan kenyataannya berkaitan 'membaling bom atom' kepada perdana menteri.

“Kita telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Polis Perak Ab Rahim Hanafi.

Polis akan merakam kenyataan anggota parlimen Pandan itu.

Rafizi sebelum ini berkata berharap calon Pakatan Harapan Dr Ahmad Termizi Ramli 'membaling bom atom' kepada Datuk Seri Najib Razak jika menang dalam pilihan raya kecil18 Jun ini.

Rafizi menjelaskan bahawa beliau hanya gurauan ketika berdepan “kegilaan politik Malaysia”.

Pagi semalam, seorang penduduk tempatan memberitahu pemberita bahawa beliau dan tiga orang lagi telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Rafizi itu.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget