Permohonan SWP sertai BN akan dikaji dengan teliti


SIBU: Permohonan Parti Pekerja Sarawak (SWP) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) akan dikaji dengan teliti demi kepentingan semangat BN.

Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi berkata setiap implikasi perlu dilihat dengan teliti dan jawatankuasa BN kemudian membuat keputusan mengenai perkara itu.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada SWP namun kita membuat keputusan sebaik sahaja menerima permohonan.

“Apa yang pasti, kita akan mengkaji setiap aspek implikasinya dalam semangat BN dan jawatankuasa BN akan membuat keputusan mengenainya,” katanya kelmarin.

Menteri Kemudahan Awam itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden SWP, Munan Laja bahawa parti itu akan memohon menyertai BN tidak lama lagi.

Keputusan menyertai BN itu dibuat selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga SWP di sini Khamis lalu.

Sementara itu Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dengan lebih banyak parti menyertai BN akan menjadikan lebih meriah.

ADUN Asajaya itu berkata, keinginan SWP menyertai BN menunjukkan rakyat di Sarawak menerima serta menyokong kepimpinan kerajaan BN sedia ada.

“Sebenarnya bukan sahaja SWP, parti-parti politik lain seperti UPP dan TERAS sebelum ini berminat menyertai BN. Ini benar-benar menunjukkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap BN.

Namun, katanya, SWP mungkin tidak diberikan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya diterima masuk dalam BN.

“Akan tetapi dalam politik semua perkara boleh berlaku,” ujar Abdul Karim.

Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Entulu pula berkata semunya terserah kepada pucuk kepimpinan BN serta parti-parti komponen BN lain.

Pada PRN lalu, SWP bertanding di enam kerusi milik PRS iaitu Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Hulu Rajang dan Selangau. Keenam-enam calon SWP tewas.

- Borneo Posrt Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget