Politik bukan sesuatu yang berbaloi untuk diceburi lama: Rafizi



KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tidak mahu isteri dan anak-anaknya menjadi senjata musuh politiknya.

Caranya? Mengasingkan keluarga dari kerjanya.

Dengan itu, kata Ahli Parlimen Pandan, pelbagai cacian dan makian yang dihadapi setiap hari tidak kira daripada penyokong parti kerajaan atau parti pembangkang sendiri dapat dielakkan.

“Saya tidak pernah bawa isteri atau anak ke program politik atau khalayak ramai kerana pernah sekali kami diambil gambar bersama, gambar itu dijadikan bahan oleh blog-blog membuat cerita bahawa isteri saya minta cerai kerana saya lebih suka kepada lelaki serta saya tidak ada nafsu terhadap isteri saya,” katanya dalam kemas kini status di Facebooknya.

Beliau berkata, sejak tahun 2012, beliau jarang-jarang muncul bersama isterinya di majlis.

Katanya: “Saya mula faham ketika itu bahawa musuh politik saya akan kata perkara yang terkeji hanya untuk melemahkan semangat saya.”

Beliau berkata walau bagaimana sibuknya kita atau kita rasa pentingnya kita, jangan abaikan keluarga.

“Masa memang tidak pernah cukup maka kita kena belajar peruntukkan masa untuk mereka,” katanya.

Rafizi turut menyatakan akan tiba satu hari nanti beliau berundur daripada dunia politik dan menjadi rakyat biasa.

“Kami juga mahu menjalani hidup sebagai keluarga biasa kerana saya tidak lihat politik sebagai sesuatu yang berbaloi diceburi lama,” katanya. – Sarawakvoice.com

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget