SUNGAI BESAR - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar malam ini merupakan satu titik permulaan untuk merampas semula negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ada harapan untuk perubahan berlaku ke arah itu selepas dibuktikan dengan kemenangan besar BN di kerusi Parlimen Sungai Besar.
Beliau berkata momentum kemenangan ini perlu diteruskan ke arah merampas semula negeri Selangor pada PRU14 selepas terbukti BN mendapat sokongan bukan sahaja daripada orang Melayu tetapi juga kaum Cina dan India.
- BERNAMA
Post a Comment